Monday, May 14, 2012

Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah Siri 2/2012

Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah Siri 2/2012 bermula pada 28hb Mei 2012 sehingga 9hb Jun 2012 di Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah Taman Tampoi Utama, Johor Bahru. Program ini merupakan kali ke 5 penganjuran oleh pihak Maahad sejak Mac 2011 yang lalu. Kem berjaya menghasilkan pelajar/peserta yang mampu menghafaz Al Quran dan memahami maksud dengan huraian tafsir Al Quran. Kem ini diadakan setiap cuti persekolahan bagi memastikan pelajar dapat memanfaatkan masa cuti persekolahan mereka dengan aktiviti bermanfaat seperti hafaz dan memahami isi kandungan Al Quran. Kem kali ini diserikan lagi dengan pelaksanaan di wujudkan di dua suasana pembelajaran berbeza sebagai aprisiasi persekitaran membentuk hafazan yang mantap iaitu di Bangunan Maahad dan di Hutan Rekreasi UTM, Skudai Johor Bahru. Bagi pihak yang berminat menghantar anak atau jagaan mereka boleh berhubung dengan Ustaz Halimi di talian 013-3450068 atau Pn Norhasikin 013-2964301. Penyertaan adalah terhad.

No comments:

Post a Comment