Monday, May 20, 2013

Kem Hafazan Dan Motivasi Ibadah Siri 2/2013

Cuti Sekolah Kembali Lagi!!!, PUM Johor dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah dan Asrama Kebajikan Ar Rayyan akan mengadakan Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah Siri 2/2013 bermula 27hb Mei 2013 (Isnin) hingga 8hb Jun 2013 (Sabtu). Program ini di adakan di Tmn Sutera (Lelaki) dan Tmn Sri Amar (Perempuan)...program juga akan diwarnai dengan acara hafaz Al Quran, Pemantapan Solat, Motivasi, Kemahiran dan Kesukanan serta Perkhemahan (lokasi cadangan Hutan Lipur Gunung Ledang - 4/5 hari). Program bermula jam 8.30 pagi pendaftaran dan disusuli dengan hafaz al quran dan rehat. Pada petang bermula jam 2, aktiviti diisi dengan pemantapan solat dan motivasi. Malam bermula jam 9.00 malam kita akan memulakan dengan siri ulangkaji pelajaran samaada hafaz al quran atau akademik kebangsaan, tertakluk perubahan. Yuran Penyertaan adalah RM 15/HARI dan pendaftaran boleh hubungi 013-3450068/013-2964301 atau faks 07-2411517 atau email pumjohor@ymail.com. Mohon sertakan nama peserta dan no telefon untuk kami hungi semula bagi borang pendaftaran selanjutnya. Penyertaan Terhad !!!

Monday, March 25, 2013

Sambutan Perdana Maulidur Rasul 1434H

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Negeri Johor dengan kerjasama semua syarikat di Jalan Perkasa 1/4 - 1/6 Taman Tampoi Utama akan menganjurkan Majlis Sambutan Perdana Maulidur Rasul 1434H yang akan di adakan di dataran tempat letak kereta Jalan Sri Perkasa 1/4 - 1/6 Taman Tampoi Utama. Sambutan ini akan dihiasi dengan aturcara seperti jamuan rakyat, nasyid dan qasidah, selawat dan solat berjemaah dan kemuncak acara iaitu Ceramah oleh Y.Bhg Ustaz Fauzi bin Mustaffa (Al Kuliyyah TV3). Majlis Sambutan diadakan pada 5 April 2013 jam 7.00 - 11.30 malam (Jumaat). Pada Sabtu 6/4/2013, sambutan diteruskan dengan pameran dan jualan oleh mahaiswa Kolej YPJ serta badan-badan/ agensi kerajaan serta syarikat yang dijemput khas. Sambutan kali ini disertai oleh 500 orang pengunjung dan tetamu serta meliputi mahasiswa Kolej YPJ, UTM, ahli Peladang, penghuni Asrama Kebajikan Ar Rayyan, pelajar Mahhad Tahfiz Sains Al Insyirah serta masyarakat sekitar. Sebarang sumbangan bagi menjayakan majlis yang mulia ini boleh di salurkan kepada PUM Johor (Public Islamic Bank) bernombor 3988662516. Semoga program ini memberikan manfaat untuk semua masyarakat.

Saturday, February 2, 2013

Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah Siri 1/2013

Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah Siri 1/2013 akan dilaksanakan pada 25hb - 30hb Mac 2013. Lokasi kem pada kali ini adalah di Taman Sri Amar dan Taman Sutera, Johor Bahru. Program dianjurkan dengan kerjasama Asrama Kebajikan Ar Rayyan dan Persatuan Insani Darul Takzim. Jika anda berumur 10 tahun , lelaki/perempuan, minat mendalami Al Quran/Hafazan serta boleh berdikari. Anda dipelawa untuk menyertai program tersebut dengan yuran penyertaan sebanyak RM 15/hari.Program ini dilaksanakan sempena cuti persekolahan penggal pertama. Aktiviti di dalam program ini adalah bacaan/hafazan Al Quran, KAFA dan sukaneka. Jika anda berminat hubungi Ustaz Halimi di talian 013-3450068 atau 07-2411517. Jadikanlah cuti sekolah anda lebih menarik dan berfaedah dengan kami, JOM SERTAI !!!!!!